Pantun Melayu


Anak Cina mengail ruan

Apa umpan labah-labah

Orang buta jangan dilawan

Kita yang celek jadi meraba


Kayu mempoyan kulitnya manis

Patah galah di dalam paya

Ada perempuan mulutnya manis

Cakap sepatah jangan percaya


Kapal layar dipukul arus

Terus berlayar ikut pedoman

Pantun Melayu hidup terus

Tidak kalah dilambung zaman


Orang haji dari Jeddah

Buah kurma berlambak-lambak

Pekerjaan guru bukanlah mudah

Bagai kerja menolak ombak


Masa berjalan bawalah tongkat

Kalau boleh jenis semambu

Sama sekampung teguhkan pakat

Kalau tidak musuh berkubu

*Dari buku 'Pantun dan Pepatah Melayu' (T. Luckman Sinar)


SHARE THIS

Author:

M. Rasyid Nur Pensiunan Guru PNS (2017) dan Tetap, Mengabdi di Pendidikan

Facebook Comment

0 Comments: